26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Polis cari pemandu Hilux tular pandu berbahaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati tular memandu secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis semalam mengesan satu video berdurasi satu minit 35 saat tular di aplikasi Tik Tok dan Facebook, memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya.

Menurutnya, pemandu kenderaan berkenaan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir berlaku kemalangan dalam keadian jam 2.49 petang di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Jumaat lalu.

“Insiden menunjukkan kenderaan pacuan empat roda itu menghimpit sebuah kenderaan lain dan hampir berlaku kemalangan. Ekoran kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu pacuan empat roda dan pemandu kenderaan yang dihimpit dalam kejadian itu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafee berkata, saksi kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan