28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: 524 daripada 22,341 kes baharu babitkan kes import

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 22,341 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu di negara ini kepada 3,974,019 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 21,817 kes adalah penularan tempatan, manakala 524 membabitkan kes import.

Menurutnya, daripada keseluruhan kes baharu semalam, lebih 99 peratus adalah pesakit dalam kategori 1 dan 2, hanya 0.68 peratus pesakit kategori 3 hingga 5.

“Kategori 1 membabitkan 10,181 kes (45.57 peratus), 12,007 kes kategori 2 (53.75 peratus), 58 kes kategori 3 (0.26 peratus), 45 kes kategori 4 (0.2 peratus) dan 50 kes kategori 5 (0.22 peratus).

“Daripada 153 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 semalam, 48 kes (31.37 peratus) tidak atau belum lengkap divaksinasi, 61 kes (39.87 peratus) sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes (28.76 peratus) telah menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sejumlah 96 daripada 153 kes (62.75 peratus) membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas dan 71 kes (46.41 peratus) pula mempunyai komorbid.

Menurutnya, sebanyak 390 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 219 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Terdapat enam kluster baharu menjadikan jumlah kluster yang tercetus sejak pandemik sebanyak 6,911 kluster. Jumlah kluster yang masih aktif 316,” katanya.

“KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan 3S kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat.

Selain itu menurutnya, orang ramai juga dialu-alukan untuk mengamalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan