Sunday, June 14, 2026

ATM atur gerak bantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) telah mula diatur gerak bagi membantu operasi banjir khususnya di kawasan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir terbaharu di Kelantan dan Terengganu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, anggota dan aset terutama dari Briged Kelapan Infantri Malaysia yang diletakkan dalam keadaan siap siaga sebelum ini telah mula diatur gerak menerusi Ops Murni.

“ATM beri perhatian penuh terhadap situasi banjir di beberapa kawasan terutama di Kelantan dan Terengganu ketika ini.

“Pasukan 21 RAMD kini telah diatur gerak ke Rantau Panjang, Pasukan 16 RAMD ke Hulu Terengganu dan Pasukan 5 RAD ke Besut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Hishammuddin lagi, ATM akan melakukan apa jua yang terdaya bagi membantu mangsa banjir di sana.

“Jaga diri dan keselamatan semua,” nasihatnya.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan