26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PN pastikan calon tiada rekod jenayah, mahkamah, LHDN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan memastikan kesemua 56 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak mempunyai rekod jenayah, kes mahkamah atau mempunyai isu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon PN juga akan melalui proses tapisan ketat sebelum disenaraikan sebagai calon PRN tersebut.

Beliau yang juga Pengarah PRN Johor bagi parti itu berkata, parti itu akan mengumumkan calonnya minggu depan selepas melakukan beberapa penelitian berkenaan.

“Kita akan pastikan calon-calon daripada semua parti komponen diteliti semua rekod mereka, sama ada pernah terlibat dengan kegiatan jenayah, kes mahkamah atau ada masalah dengan LHDN.

“Selepas itu barulah kita umumkan secepat mungkin, mungkin minggu depan. Pembahagian kerusi akan dilakukan selepas kita mendapat kepastian (jawapan) daripada agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kotak Prihatin Kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Dewan Pusat Produktiviti Malaysia (MPC), Bandar Baru Uda, Johor Bahru, hari ini.

Ujar Hamzah lagi, kemenangan pada pilihan raya adalah sesuatu yang ditentukan oleh rakyat dan ia akan terbukti apabila tiba masanya.

“Kita mahu membuktikan kepada rakyat kita satu kumpulan memikirkan tanggungjawab membantu mereka.

“Tidak kira kita masih berkuasa atau tidak, tetapi kita adalah kumpulan sentiasa prihatin,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan