25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

1,243 Penolong Pegawai Perubatan Kontrak dilantik semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 dalam kalangan graduan institut latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tamat kontrak mereka diberikan lantikan semula.

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, kelulusan tersebut telah dipersetujui dan diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 26 dan 28 Januari lalu.

Menurut beliau, pemakluman mengenai pelanjutan kontrak tersebut telah disampaikan kepada kepada ketua jabatan masing-masing untuk diserahkan kepada mereka yang terlibat.

“KKM amat menghargai peranan penting Penolong Pegawai Perubatan di kementerian ini bersama barisan hadapan lain khususnya dalam menangani pandemik COVID-19.

“Mengambil kira status Malaysia kini dalam peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik dan usaha memulihkan perkhidmatan tertangguh akibat pandemik COVID-19, KKM telah memperakukan pelanjutan kontrak petugas kesihatan yang akan menamatkan kontrak pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Kelmarin media melaporkan bahawa para doktor kontrak itu akan mengadakan siri tunjuk perasaan bagi memperjuangkan lantikan mereka dan serta beberapa manfaat lain yang tidak diperolehi kerana berstatus kontrak.

Mengulas lanjut, Mohd. Syafiq berkata, tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak dalam tahun ini akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan SPA.

Pada November tahun lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bersedia membelanjakan lebih RM377 juta untuk melantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap mulai tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 3,586 adalah pegawai perubatan, 300 pegawai farmasi manakala 300 lagi terdiri daripada para pegawai pergigian.

“Daripada 10,583 pegawai yang tamat tempoh khidmat wajib, 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk lantikan tetap,” katanya di Dewan Rakyat. seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan