36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPLB, Singapura jalin kerjasama pendidikan teknologi, kreatif

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengorak langkah dengan menjalin kerjasama lebih erat dengan Singapura khususnya dalam bidang pendidikan teknologi dan kreatif.

Persefahaman kerjasama dua hala itu dicapai hasil perbincangan menerusi kunjungan hormat Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya, hari ini.

Selain bertukar-tukar pandangan dalam hal pembangunan sosial, turut disentuh Masagos dan delegasinya ialah rancangan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam  pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi faedah dua hala terutama kepada masyarakat di luar bandar.

Masagos yang  juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri eko dan agropelancongan serta pelancongan kesihatan.    

Delegasi Singapura diketuai Masagos Zulkifli mengadakan perbincangan dua hala dengan KPLB di Putrajaya.


Beliau berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula hari ini.

Lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura yang  terjalin sejak 59 tahun yang lalu.
 
-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan