32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

RFID mahal: Kerajaan tunggu laporan lengkap PLUS, TNG

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN kini menunggu laporan terperinci daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group (TNG) berhubung kos pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang didakwa mahal sehingga membebankan pengguna.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kedua-dua pihak sudah diarahkan untuk membentangkan rasional di sebalik mengenakan harga jualan bernilai RM35.

Menurutnya, keputusan sama ada harga pelekat RFID diturunkan atau tidak bergantung kepada pembentangan laporan itu kelak.

“Dari segi kos, kita sedang meneliti dan sudah minta PLUS dan TNG untuk membentangkan perinciannya supaya dapat dinilai secara bersama dengan Kementerian Kewangan.

“Kita mahu tahu apakah justifikasi dikenakan harga RM35, kalau tidak, kita akan memastikan untuk dikurangkan atau apakah kos yang munasabah kepada pengguna,” katanya selepas meninjau projek laluan pintasan Kuala Terengganu hari ini.

Isu RFID menarik perhatian ramai sejak sistem bayaran tol itu dilaksanakan untuk kenderaan kelas 1 membabitkan dari laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor, bermula pada 15 Januari lalu.

Advertisements

Peralihan kepada sistem itu mendapat pelbagai reaksi netizen setelah PLUS menggantikan laluan Smart TAG kepada RFID selain pelbagai kelemahan lain di samping kosnya yang tinggi.

Bahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendakwa jualan pelekat peranti baharu itu dijual terlalu mahal sehingga mencecah RM35 sekeping walaupun kos sebenar kurang daripada RM1.

21 Januari lalu, PLUS memohon maaf kepada pelanggan lebuh raya itu atas kesulitan yang dialami mereka ekoran kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan RFID sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai , 15 Januari lalu.

Pengendali lebuh raya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, PLUS sedar kesulitan dihadapi pelanggannya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini.

Bagi mengaktifkan semula lorong Smart Tag, PLUS komited mengembalikan semula 19 lorong Smart Tag di 16 plaza tol sebelum 25 Januari ini untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan selepas perayaan iaitu pada pada 19 Februari, 24 lorong Smart Tag akan diaktifkan di 18 plaza tol.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan