28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Penduduk Kampung Pemberian tarik nafas lega

Jambatan baharu kampung itu siap pembinaannya hujung tahun 2020.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di sekitar Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan, menarik nafas lega apabila jambatan baharu kampung itu siap pembinaannya pada hujung tahun 2020.

Jambatan yang dibina dengan kos RM28.6 juta itu bagi menggantikan jambatan lama yang tidak selamat dan sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh menyebabkan penduduk terputus hubungan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jambatan ini dinaikkan ketinggiannya sedikit daripada jambatan yang lama.

“InshaAllah kalau banjir besar melanda ianya tak akan sampai ke paras jambatan ini berdasarkan jangkaan dan perkiraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya selepas merasmikan pembukaan jambatan berkenan hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Timbalan Menteri 1 KPLB Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, KESEDAR, Datuk Nik Mohammad Abduh Nik Aziz.

Jambatan berkenaan mula dibina pada tahun 2016 dibawah peruntukan KPLB.

Terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 1 kilometer dari Simpang Jalan Utama Kuala Krai-Gua Musang dari Kg. Manjor ke Kg. Pemberian, jambatan sepanjang 240 meter itu akan memudahkan perhubungan dan keselamatan penduduk sekitarnya.

Penduduk kampung terbabit sebelum ini sering terputus hubungan setiap kali banjir melanda di musim tengkujuh yang menenggelamkan jambatan besi yang dibina rendah.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan