26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Jambatan Bagan Datuk dinamakan Jambatan Sultan Nazrin Shah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Jambatan Bagan Datuk, hari ini dan sekali gus memasyhurkan ia sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Jambatan yang menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan Perak Tengah itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 70,300 penduduk dengan memendekkan jarak perjalanan daripada 50 kilometer (km) sebelum ini kepada 10.5 km.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Alhamdulillah, jambatan yang dinanti oleh warga Bagan Datuk dan diberi nama Jambatan Sultan Nazrin Shah telah disempurnakan perasmiannya hari ini oleh Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

“Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya bersyukur kerana projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ini berjaya disiapkan bagi menyediakan rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti melalui penyediaan infrastruktur berkualiti.

“Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Sitiawan perlu melalui Jalan Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang mengambil masa lebih 1 jam dengan jarak perjalanan melebihi 50 km.

“Dengan siapnya jambatan ini, ia akan memendekkan perjalanan dari Sitiawan ke Bagan Datuk dengan jarak perjalanan hanya 10.5 km yang mengambil masa 15 minit sahaja,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jambatan ini turut menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan bandar-bandar utama seperti Lumut, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Advertisements

“Sebagai Menteri KKDW juga, saya akan terus memberikan komitmen penuh terhadap usaha untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan di kawasan perdesaan seperti di Bagan Datuk ini

“Saya berharap, kelak daerah Bagan Datuk akan terus berkembang maju dari sudut sosio-ekonomi dan infrastruktur dan menjadi antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi di negara ini.

“Semoga Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan terus maju jaya, aman, makmur dan sejahtera,”katanya.

Terdahulu, keberangkatan baginda kira-kira jam 10 pagi disambut Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A’fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Jambatan terbaharu di Perak itu siap sepenuhnya pada 31 Mei lalu selepas majlis pecah tanah pada 2017. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan