29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRN Johor: PN bersedia walaupun bubar DUN tidak dirunding

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WALAUPUN pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam tidak dirunding dengan Perikatan Nasional (PN), namun parti itu tetap bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan pembubaran DUN Johor yang dibuat Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor, walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, parti itu akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi selain memberi tumpaun kepada persiapan jentera parti.

“Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat negeri Johor dalam pilihan raya ini, PN akan membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor seluruhnya.

“Saya menyeru semua pengundi yang layak untuk mengundi dalam PRN Johor kali ini supaya keluar mengundi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berharap SOP yang akan ditetapkan nanti adalah seimbang dari segi keutamaan untuk mencegah penularan COVID-19 dan memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen secara bebas, adil dan selamat.

Advertisements

Beliau juga mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi
mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor.

“Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda secara bijaksana,” ujarnya.

Semalam, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar.

Sebelum pembubaran DUN Johor, kerajaan Johor memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli DUN (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan