29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KPLB peruntuk RM150 juta bantuan pascabanjir – Mahdzir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan peruntukan RM150 juta untuk bantuan pascabanjir di bawah inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bantuan peruntukan tersebut termasuk Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia, baik pulih jalan perhubungan desa dan ameniti sosial seperti longkang, surau, dewan orang ramai dan masjid di kawasan luar bandar di negeri yang terkesan dalam bencana itu.

“Bantuan pasca banjir yang diluluskan itu melibatkan negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Naka di Padang Terap, Kedah hari ini.

Tambah Mahdzir, bantuan inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk kerja-kerja membaik pulih rumah dan membina rumah baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM38.5 juta setakat 9 Januari lalu.

Peruntukan itu katanya, melibatkan kerja-kerja pembaikan sebanyak 1,879 buah rumah dan membina rumah baharu pula 165 buah.

Advertisements

Jelas beliau, kerajaan Keluarga Malaysia menetapkan kos siling bagi baik pulih rumah pasca banjir adalah RM15,000 dan RM56,000 bagi bina baharu setiap unit rumah yang rosak teruk.

“Setakat ini, KPLB telah menerima sejumlah 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di negeri yang terjejas banjir itu.

“Jumlah permohonan membaik pulih rumah dan membina semula rumah itu dijangka meningkat selepas pihaknya mendapat data dan maklumat terbaharu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM50 juta daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaik pulih jalan kampung dan jalan perhubungan desa yang rosak.

“Kementerian juga menyediakan peruntukan RM50 juta lagi untuk membaik pulih projek ameniti sosial seperti surau dan masjid,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti perbuatan ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan