26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai

Ekoran aduan 11 ekor Pak Belang mengancam keselamatan penduduk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terus menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai di Gua Musang ekoran aduan penduduk berkenaan harimau belang yang berkeliaran di kawasan tersebut sejak semalam.

Perhilitan berkata, pihaknya telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.

“Hasil Survei Harimau Kebangsaan Pertama (NTS1) mendapati majoriti daripada populasi Harimau Malaya berada di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia terutama di kompleks Taman Negara-Banjaran Titiwangsa,” katanya, lapor Bernama.

Jabatan itu memaklumkan perkara berkenaan bagi menjelaskan laporan akhbar tempatan berhubung 11 ekor Pak Belang yang yang mengancam penduduk di Pos Bihai hari ini.

Advertisements

Perhilitan berkata, pihaknya sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa berkenaan perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang .

“Dalam masa sama, memaklumkan langkah keselamatan yang perlu diambil penduduk ketika berada di luar kawasan rumah.

Katanya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar terbabit.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan negeri Kelantan melalui talian 011-59275985, talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan