30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cuaca buruk diramal melanda Sarawak sehingga 18 Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan melibatkan negeri Sarawak bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Januari.

Menurut MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini, penumpuan angin yang berlaku di negeri itu dijangka berterusan sehingga 15 Januari 2022.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di tengah dan barat Sarawak.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan ketika ini, hujan lebat serta ribut petir sedang melanda kawasan Kapit melibatkan Bukit Mabong dan Belaga.

“Selain itu, keadaan yang sama turut melibatkan kawasan pendalaman Beaufort, Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) di Sabah.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga lewat petang nanti,” ujarnya.

Terdahulu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pada 12 tengahari, 8 Januari 2022 melibatkan negeri Sarawak berkuatkuasa sehingga 13 Januari 2022.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk timur Johor dan Sabah diramal berterusan sehingga 16 Januari 2022.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan