25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Banjir: 31 sekolah di Johor tidak mulakan sesi persekolahan esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 31 buah sekolah di Johor tidak akan dapat menjalani sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula esok kerana masih terkesan akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, ia berikutan sekolah-sekolah berkenaan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) selain terdapat sekolah yang masih dinaiki air.

Beliau berkata, sebanyak 23 buah sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (pps) sementara baki lapan buah sekolah lagi dilaporkan dinaiki air.

“Sekolah-sekolah yang tidak jadi PPS tetapi masih dinaiki air (pula) akan sambung ditutup sehingga kerja pembersihan selesai.

“(Sementara) sekolah yang tidak terlibat (sebagai PPS dan dinaiki air) (akan beroperasi) macam biasa… cuma dalam kelas itu kita buat penjarakan sosial seperti (patuhi) arahan SOP (prosedur operasi standard),” jelas Mazlan, lapor Astro Awani.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Festival Permainan Tradisional Negeri Johor hari ini.

Jumlah PPS melibatkan sekolah yang dijangka masih beroperasi sehingga esok membabitkan lapan buah sekolah di Segamat dan Tangkak, lima buah sekolah (Muar) dan dua buah sekolah (Batu Pahat).

Sementara jumlah sekolah yang dinaiki air yang melibatkan empat buah sekolah di Tangkak, tiga buah sekolah (Segamat) dan sebuah sekolah (Muar) juga tidak akan memulakan sesi persekolahan esok.

Dalam masa sama, Mazlan berkata, sesi persekolahan bagi lapan buah sekolah yang terjejas akibat bencana hanya akan bermula sebaik keadaan banjir pulih.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 1,184 buah sekolah di negeri ini dijadualkan menjalani sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 esok mengikut jadual yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan