25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPDNHEP beri jaminan kebajikan pengguna, peniaga terjaga

Susulan peningkatan harga ayam dan telur selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia berakhir pada 4 Februari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan memastikan kebajikan pengguna dan peniaga akan dijaga ketika harga ayam dan telur dijangka meningkat bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan terus memantau kenaikan harga barangan keperluan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kenyataan beliau tentang jangkaan kenaikan harga ayam dan telur selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari depan.

“Kenyataan itu bukanlah sengaja diada-adakan namun berdasarkan maklumat yang diterima daripada sesi libat urus pada 6 Januari lalu bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, wakil Agro Bank dan wakil-wakil daripada Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak (FLFAM).

“Melalui sesi itu, setiap pihak termasuk FLFAM telah membentangkan faktor-faktor kenaikan kos operasi penternakan ayam termasuk peningkatan kos makanan ayam di peringkat global dan kekurangan tenaga kerja akibat sekatan kemasukan pekerja asing bagi sektor ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, pihaknya juga telah dimaklumkan bahawa pelaksanaan SHMKM telah membebankan penternak yang terpaksa menyerap kos operasi lebih tinggi dan sekiranya skim itu diteruskan hasil pengeluaran ayam dan telur pasti akan terjejas.

“Sekiranya keadaan ini berlaku, ia tentunya akan memberi kesan yang lebih buruk kepada pengguna akibat kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran malah dengan kurangnya bekalan, harga jualan juga akan meningkat.

“Inilah realitinya yang akan terjadi sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan. Tanpa intervensi kerajaan harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi,” ujar beliau.

Alexander menegaskan, kerajaan termasuk KPDNHEP sudahpun mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran seperti melanjutkan pelaksanaan SHMKM sehingga 4 Februari depan seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

“Kerajaan turut mengambil tindakan mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan serta pemberian kemudaham pinjaman mudah kepada industri penternakan ayam negara bagi mengatasi masalah lonjakan harga ayam di pasaran.

“Dengan adanya pemberian pinjaman mudah ini, ia dapat membantu penternak dan peladang menyerap kos operasi dan pengeluaran yang tinggi ketika ini sekaligus boleh mengawal kenaikan harga ayam,” katanya.

Tambah beliau, isu kenaikan harga ayam yang melibatkan kos operasi yang dipengaruhi oleh pasaran dunia dan sememangnya amat mencabar serta memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan