28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mangsa banjir rugi RM300 diperdaya penjual perabot ‘online’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG mangsa banjir mengalami kerugian hampir RM300 kerana diperdaya penjual barangan perabot menuri talian.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nini, 44, berkata, dia membeli barangan tersebut setelah melihat produk yang diiklankan menerusi Facebook Market Place pada 30 Disember lalu dan membuat pertanyaan peti mesej tentang barangan tersebut.

Menceritakan kembali kejadian itu, Nini berkata, selepas dia melihat produk yang diiklankan dan terus menghubungi melalui peti mesej dan penjual membuat maklum balas melalui nombor WhatsApp untuk dihubungi.

“Pada awalnya penjual menghantar gambar produk almari baju dengan pelbagai jenis harga dan saiz. Jadi saya tidak mengesyaki apa-apa kerana transaksi bayaran diminta masuk ke akaun bank syarikat,” katanya kepada Edisi 9.

Menurutnya, penjual terbabit menyakinkan dirinya setiap pembelian produk telah siap dipasang dengan penghantaran percuma di luar Kuala Lumpur.

Alamari yang dibeli mangsa di atas talian.

“Disebabkan itu (produk siap dipasang), saya terus membuat pembelian, walaupun produk sama dijual di dalam talian lain. 

“Bagi saya, ia amat memudahkan kerana saya kekurangan masa untuk pemasangan disebabkan kerja-kerja mengemas pascabanjir masih belum siap sepenuhnya.

“Sehubungan itu, bayaran penuh telah dibuat kepada penjual di atas akaun bank tertera nama syarikat Kakashi Glory Entreprise pada 31 Disember lalu dengan pembelian ke atas dua produk almari berbeza saiz.

Advertisements

“Bagaimanapun, sehingga hari ini mesej pertanyaan saya tidak dijawab. Malahan penjual turut menyekat nombor talian saya setelah kerap saya mesej bertanyakan pembelian tersebut,” katanya.

Nini berkata, dia amat memerlukan almari tersebut untuk kegunaan penyimpanan baju berikutan almari kayu sebelum ini telah rosak dan memohon penghantaran segera dibuat.

Sebahagian mesej mangsa yang tidak berbalas, apabila pertanyakan tentang status pembelian barangan.

Setelah menyedari dia menjadi mangsa penipuan, Nini berkata, dia telah membuat satu laporan polis dan akan memajukan ke tribunal pengguna untuk membuat tuntutan.

“Dalam keadaan sekarang saya masih fokus untuk mengemas rumah dan menumpukan kerja-kerja pembersihan yang belum selesai selepas banjir di Kampung Baru, Bentong, Pahang baru baru ini.

“Ini bukanlah kali pertama berurusan pembelian di atas talian namun perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan penjual tidak sewajarnya mengambil kesempatan ke atas mangsa banjir yang kebanyakan harta benda musnah dan perlu diganti baharu,” katanya lagi.

Menurut Nini, nilai RM300 mungkin nampak kecil namun dalam keadaan sekarang ia sangat-sangat berharga baginya.

“Saya menyeru pembeli lain yang juga mangsa banjir agar lebih berhati-hati membuat transaksi atas talian supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lebih-lebih lagi dalam fasa pemulihan ekonomi pascabanjir,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan