31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden kebakaran bilik guru dan pejabat pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak hari ini.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tindakan susulan akan diambil segera KPM berhubung perkara ini.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kebakaran di sekolah tersebut awal pagi ini yang melibatkan bilik guru dan blok pentadbiran.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lepas.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kejadian tersebut.

“KPM sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan di sekolah tersebut dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

“InsyaAllah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi itu satu letupan kuat mengejutkan pengawal SMK Balai Ringin sebelum menyedari blok bilik guru sekolah terbakar.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawk, Tiong Ling Hii ketika berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.04 pagi dan segera mengatur gerak dua jentera dan 15 anggota daripada Balai Serian dan Siburan.

“Punca kebakaran, kata Ling Hii, masih lagi dalam siasatan tetapi insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan