25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Menara JEV terbakar, bekalan elektrik di PD terjejas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH menara berhampiran pintu masuk jeti di Jimah Ventures Energy Sdn. Bhd. (JEV) di Port Dickson, Negeri Sembilam terbakar semalam menyebabkan gangguan sistem bekalan elektrik di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Mohamed berkata, polis menerima maklumat mengenai kebakaran di bahagian Jason Tower 3, JEV kira-kira pukul 7.30 petang.

“Tindakan awal bagi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) dengan kekuatan sebuah jentera dan 15 anggota sebelum bantuan pihak bomba tiba yang diketuai dua pegawai dan 15 anggota.

“Kebakaran dipercayai bermula pukul 7.15 petang selepas disedari pengawal keselamatan yang membuat rondaan sebelum memaklumkan kepada bilik kawalan JEV,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Aidi Sham berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.40 malam hari yang sama dan punca awal dipercayai oleh tekanan kepanasan arang batu yang tinggi sehingga menyebabkan kebakaran.

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran yang dianggarkan berkeluasan sejauh 200 meter.

“Anggaran kerugian yang dialami oleh pihak JEV masih belum dapat dipastikan, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada unsur khianat dikesan oleh pihak bomba dan polis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan