28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lanjutan urusan permohonan Pas Khas bagi warga asing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) melanjutkan urusan permohonan Pas Khas untuk warga asing yang terkandas di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, urusan permohonan Pas Khas itu melibatkan warga asing pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang terkandas atau tinggal lebih masa mulai 1 Februari 2020.

“Bagi pemegang PLS, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022 manakala bagi pemegang PLS Jangka Panjang pula, tempoh permohonan pas berkenaan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

Advertisements

“Urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS Jangka Panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen Negeri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, urusan pembaharuan PLS Jangka Panjang Pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem ePLSI.

“Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati dengan melayari laman web JIM di pautan www.imi.gov.my,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan