28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bijak kawal nafsu makan, jahil kawal nafsu kuasa

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

MUNGKIN ramai tertanya-tanya bagaimana bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menjaga kesihatannya sehingga menjangkau usia 95 tahun.

Di samping aktif menunggang kuda dan menjalani rawatan kesihatan dari semasa ke semasa, Mahathir sebenarnya mengamalkan satu petua demi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum.

Rahsianya mudah iaitu ‘berhenti makan ketika sedap’. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh kenalan rapatnya, di mana petua tersebut menjadi amalan bekas Perdana Menteri dua kali itu sejak sekian lama.

Nampak mudah dan ringkas, tetapi mungkin itu caranya Mahathir mengawal nafsu daripada makanan berlebihan sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatannya.

Dalam konteks itu, Mahathir bijak dan menyedari bahawa sesuatu yang diambil secara berlebihan dan melampau akan mengundang kesan negatif meskipun mengetahui terpaksa membataskan nikmat kepada dirinya.

Tetapi malangnya, beliau tidak mempratikkan amalan berkenaan dalam karier politiknya. Sehingga hari ini, Mahathir masih ‘laparkan’ kuasa dan ibarat masih ‘tidak kenyang’ walaupun sudah lama dihidangkan makanan sedap (kuasa).

Advertisements

Sesuatu amat dikesali kerana ‘ketamakan’ itu sememangnya memudaratkan dirinya dalam politik tanah air. Mahathir dilihat ‘bijak kawal nafsu makan tapi jahil kawal nafsu kuasa’

Lebih merugikan, beliau yang dikenali sebagai negarawan dan tokoh disanjungi oleh majoriti rakyat di Malaysia kini semakin dikecam bukan sahaja dalam kalangan orang berusia yang melalui tempoh kepemimpinan beliau malah generasi muda.

Bukan untuk berlebih, buktinya boleh dilihat menerusi suara rakyat yang rata-rata kini menolak beliau dan semakin `muak’ dengan pencaturan politiknya.

Senario itu amat menyedihkan kerana Mahathir sepatutnya menjadi legasi namun terpaksa mungkin meninggalkan dunia politik dalam cacian, kebencian dan tohmahan.

Persoalannya, mengapa Mahathir gagal mengawal nafsu politiknya sepertimana beliau menahan diri daripada menjamah makanan sedap? Apakah Mahathir tidak sedar bahawa nafsu politik yang masih dahagakan kuasa itu akan menghancurkannya?

Jika beliau berupaya mengawal nafsu politik kemungkinan pengakhiran kariernya sentiasa dikenang dengan rasa penuh hormat oleh seluruh rakyat negara ini, bukannya dilihat sudah melampaui batas – satu perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan