26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

MOH Singapura sahkan dua kes import positif varian Omicron

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan varian Omicron dalam dua kes import pertama Covid-19 yang pada awalnya disyaki sebagai pembawa varian itu.

Memetik laporan Bernama, dalam kemas kini harian mengenai Covid-19 malam Isnin, MOH memaklumkan pengesahan itu disusuli keputusan penjujukan genom keseluruhan untuk kes berkenaan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional republik itu.

“Kedua-dua pesakit sudah lengkap divaksin, dan mempunyai simptom ringan, batuk dan tekak gatal. Mereka diasingkan sebaik tiba di Singapura pada 1 Disember dan tidak berinteraksi dengan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

MOH pada 2 Disember lalu mengumumkan ia mengesan dua kes import Covid-19 yang dilabel sebagai Kes 271487 dan 271598 yang positif dalam ujian awal untuk varian itu.

Kedua-dua kes itu tiba dari Johannesburg dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember.

Pada Ahad, MOH mengesan satu lagi kes import Covid-19 yang positif ujian awal untuk varian Omicron.

Advertisements

Kes itu berada dalam penerbangan yang sama dengan dua kes pertama.

Sehingga 5 Disember, bilangan individu lengkap vaksin atau menerima dua dos vaksin Covid-19 adalah 96 peratus daripada populasi yang layak di negara itu.

Sebanyak 87 peratus populasi negara itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 28 peratus menerima suntikan penggalak.

Sehingga semalam, Singapura melaporkan 269,873 kes Covid-19 dengan 763 kematian. -Edisi 9


Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan