26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lelaki maut ketika mendaki di Telaga Tujuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang sedang melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya di Telaga Tujuh, Langkawi, Kedah, meninggal dunia selepas pengsan di kawasan itu pada hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Lim Tham Guan, 50-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas bantuan KKM berkaitan kes itu pada pukul 10.45 pagi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah terima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 khidmat khas menyelamat bantuan KKM mangsa pengsan di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.

Advertisements

“Operasi disertai sepasukan anggota dari BBP Langkawi bersama pihak polis dan KKM.”Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki lingkungan umur 50 an telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

“Maklumat yang diterima daripada rakan mangsa menyatakan mereka melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan dan mangsa tiba-tiba pengsan serta tidak sedarkan diri,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan