31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Putrajaya catat kebolehjangkitan RT 1.16, dahului lima negeri lain

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUTRAJAYA mendahului lima negeri lain yang mencatatkan kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt melebihi 1.0.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitternya hari ini.

Menurut beliau, pecahan mengikut negeri mendapati Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 iaitu 1.16.

“Lima lagi negeri dengan catatan RT melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

“Manakala, negeri-negeri lain melaporkan RT di bawah 1.0 iaitu Sabah (0.98), Kedah (0.98), Johor (0.93), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88), Sarawak (0.87) dan Labuan (25 kes).

Advertisements

“Secara keseluruhannya catatan RT di seluruh negara semalam mencatatkan 1.0, ” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitter berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau kemasukan ke hospital serta indikator utama yang lain susulan kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang kembali pada 1.0.

“Justeru bagi anda yang sudah diberikan janji temu bagi dos penggalak, ambillah.

“Untuk warga emas seharusnya hindari tempat-tempat yang sesak,”-Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan