27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

TH serah zakat lebih RM2 juta kepada MUIS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM2,104,543.47 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri.

Memetik laporan DagangNews.com, serahan zakat itu disampaikan oleh Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Malai Ali Malai yang turut disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Bayaran zakat bagi Sabah mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak RM1,774,247.05.

Saban tahun TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kami sebagai sebuah organisasi Islam yang prihatin dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosioekonomi ummah bagi manfaat khususnya golongan asnaf di Sabah,” kata Nurlaila.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh MUIS ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH bagi tahun 2020 terus mencatatkan peningkatan di seluruh negeri sebanyak RM100,416,202.83 berbanding RM86,185,327 pada tahun 2020.

Pada 30 Oktober lalu, TH menyerahkan sumbangan van menerusi Program Mobiliti buat julung-julung kalinya di negeri ini.

Baca juga:   Shell lancar kempen baharu untuk FuelSave 95

Pada tahun ini, TH turut memperuntukkan RM18.7 juta bagi melaksanakan Program Ehsan iaitu bantuan kewangan untuk golongan asnaf yang memerlukan seperti warga emas, ibu bapa tunggal dan golongan kurang upaya.-Edisi 9

Baca juga:   Masa selamatkan rakyat, bukan politiking tak sudah – Abdul Hadi

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan