25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ubah minda masyarakat luar bandar cabaran utama KPLB

Orang kampung sebenarnya tinggal di dalam resort tetapi mereka tidak perasan merasainya dan menganggp mereka hidup dalam kepompong kemiskinan

Mesti Baca

MENGUBAH minda masyarakat luar bandar untuk menerima perubahan lebih baik bagi kelangsungan hidup mereka merupakan cabaran paling utama Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagi mengubah persepsi bahawa masyarakat yang tinggal di luar bandar berada dalam kepompong kemiskinan, mereka perlu juga bersedia dengan perubahan yang akan dihadapi.

“Orang kampung sebenarnya duduk dalam resort, tapi mereka tak perasan mereka duduk dalam resort. Ada pokok buah-buahan, ada sungai, ada rumah dengan fasiliti air dan elektrik mencukupi.

“Jika ada anjakan paradigma kepada cara mereka lihat situasi ini, melihat bagaimana masyarakat luar bandar di Korea dan Jepun (hidup di luar bandar), barangkali dia tak ke mana-mana dah.

“Justeru, kena beri kesedaran dan ubah pemikiran mereka dalam usaha meningkatkan martabat kampung,” katanya ketika berucap dalam majlis Sembang Santai Bersama Media di Kuala Lumpur malam tadi.

Hadir sama kedua-dua timbalan menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Datuk Hasbi Habibollah.

Mahdzir bagaimana pun berkata, kerajaan tidak dapat menghalang migrasi penduduk khususnya belia dari luar bandar ke bandar kerana menuntut pekerjaan, pendapatan dan infrastruktur yang lebih baik.

Untuk itu, kata beliau, kementerian perlu menyediakan kemudahan supaya walau pun mereka tinggal di luar bandar namun mereka boleh mendapat peluang pekerjaan, program kemahiran serta menyediakan prasarana dan infrastruktur setara.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi mendepani Revolusi Industri 4.0, KPLB tidak ketinggalan menyediakan strategi kepada penduduk luar bandar untuk bersiap sedia menghadapi perubahan teknologi.

Justeru, kata beliau, KPLB turut memberi penekanan terhadap kepentingan bagi meningkatkan penggunaan internet dan teknologi digital di luar bandar.

Katanya, ia bagi memastikan kelestarian dan ketahanan usahawan luar bandar dalam era pemulihan pasca-COVID-19.

“Justeru, KPLB akan bekerjasama dengan Kemenymterian Komunikasi dan Multimedia serta semua pihak yang terlibat bagi segera menyelesaikan masalah akses internet di kawasan kampung dan pedalaman seluruh negara.

“Ini kerana masalah capaian internet yang menjadi keperluan pada masa ini harus menjadi keutamaan dan diselesaikan secepat mungkin,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan