30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Cubaan bawa 12 lembu seludup tidak berjaya, ditahan PGA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN seorang pemandu lori membawa 12 ekor lembu seludup tidak berjaya apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Nechang, Tumpat, Kelantan semalam.

Rampasan lembu bernilai RM126,000 dilakukan kira-kira pukul 5.20 pagi semasa pasukan daripada Batalion 9 menjalankan rondaan di kawasan kampung tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pasukan tersebut telah ternampak sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di jalan Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

Menurutnya, ketika cuba menahan lori itu, pemandu bertindak memecut laju ke arah jalan Kampung Telaga Bata sebelum PGA berjaya memintas kenderaan tersebut di Kampung Nechang.

Advertisements

“Pemeriksaan mendapati, lori tersebut membawa 12 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Pemandu, lori dan semua lembu yang dirampas dibawa ke Balai Polis Cabang Empat di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM226,000.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Binatang 1953. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan