24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pengarah filem, Mamat Khalid meninggal dunia

Beliau pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River

Mesti Baca

PENGARAH filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River, Perak.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

“Arwah pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia,” katanya, lapor Bernama.

Punca kematian tidak dapat diketahui namun difahamkan akibat serangan jantung.

Selain menumpukan masanya dalam bidang perfileman, arwah juga merupakan pemilik kafe Sarang Art Hub yang dibuka di Tanjung Malim sejak 2016.

Advertisements

Allahyarham atau nama sebenarnya, Mohamad bin Mohamad Khalid, 58, merupakan seorang penulis skrip dan pengarah filem selain merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham yang dilahirkan di Ipoh, meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Antara filem air tangan arwah yang terkenal pastinya adalah Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Rock dan 18 Puasa di Kampong Pisang yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat filem genre lucu dan hiburan keluarga.

Sumber: Bernama

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan