24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

83% pelajar IPT lengkap vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sebanyak 83 peratus penuntut institut pengajian tinggi (IPT) telah menerima dua dos lengkap vaksin COVID -19 setakat 1 Oktober lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sementara seramai 117,721 individu atau 90 peratus kakitangan IPT pula menerima dua dos lengkap vaksin.

“Kita ada 1.15 juta pelajar (IPT). Apabila pelajar mula memasuki kampus secara berperingkat 15 Oktober ini, mereka akan disaring dengan kit ujian kendiri untuk memantau dan mengekang penularan wabak walaupun sudah menerima dos lengkap. Saringan akan dibuat secara berkala,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Utusan Online.

Terdahulu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) meminta kerajaan menjelaskan tentang perkembangan program vaksinasi khususnya dalam kalangan mahasiswa serta strategi mengekang penularan COVID -19 di IPT.

Advertisements

Mengulas lanjut, Noraini menegaskan, IPT tidak ditutup jika terdapat kes COVID -19, sebaliknya menangguhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar untuk sementara.

“Untuk mengurangkan risiko jangkitan sekiranya ada, pelajar kontak rapat, kita akan letakkan di pusat pengasingan atau kuarantin yang disediakan di IPT berkenaan.

“Operasi (universiti) tidak akan ditutup. Aktiviti bersemuka akan ditangguh. Jadi ada dua cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu satu bersemuka dan dalam talian serta hibrid.

“Kalau sekiranya IPT merekodkan kes jangkitan lebih serius, penutupan institusi akan dipertimbangkan berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan,” katanya lagi. Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan