24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM tubuh RRTF hadapi segala kemungkinan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) bagi menghadapi segala kemungkinan selepas rentas negeri dibenarkan bagi mereka yang lengkap vaksinasi bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan kes susulan pertambahan pergerakan itu.

Menurutnya, bagaimanapun, kebanyakan kes adalah tidak bergejala dan bergejala ringan atau kategori 1 dan 2 dengan mengambil kira peratusan vaksinasi yang tinggi melebihi 80% di seluruh negara kecuali Sabah.

“Sehubungan dengan itu, KKM menubuhkan National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) satu jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan.

“Antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan COVID -19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Khairy berkata, dalam fasa pandemik hidup bersama COVID -19, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk memastikan keselamatan diri dan orang sekeliling daripada jangkitan virus itu atau ‘take charge’.

Advertisements

Tambahnya, vaksin telah terbukti berkesan mencegah jangkitan yang teruk, namun usia dan status kesihatan individu juga menjadi faktor penting.

Selain itu, katanya, terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan terutama pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri, orang ramai juga perlu memperkukuhkan kawalan kendiri dengan mengamalkan konsep Test, Report, Isolate, Inform dan Seek (TRIIS).

“Jika bergejala, buat ujian saringan dan asingkan diri di rumah.

“Laporkan kepada KKM menggunakan MySejahtera, maklumkan keadaan kesihatan untuk dipantau dan segera pergi ke fasiliti kesihatan jika gejala semakin teruk.

“Kawalan kendiri bermaksud kita sendiri yang harus ada kesedaran, pengetahuan untuk memikul tanggungjawab melindungi diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, jelas beliau, pastikan anda bebas COVID -19 sebelum memulakan perjalanan berjumpa ahli keluarga yang lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan