27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

COVID-19: Hotel lima bintang di Langkawi ditutup sementara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebuah hotel lima bintang di Langkawi, Kedah, secara sukarela menutup sementara operasinya selepas seramai 59 individu terdiri daripada pekerjanya serta kontak rapat ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, penularan Covid-19 di hotel berkenaan melibatkan Kluster Teluk Nibung iaitu kluster tempat kerja yang dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, kluster ini melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Othman berkata, setakat hari ini, seramai 249 orang telah disaring dengan 59 orang didapati positif, manakala seramai 92 orang negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan saringan.

Advertisements

Menurutnya, semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dilakukan ujian saringan serta diberikan arahan untuk kuarantin di rumah (HSO) selama 10 hari.

Bagaimanapun beliau turut menyatakan setakat ini jumlah mangsa yang dijangkit Covid-19 masih terkawal.

Untuk rekod, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19 setelah tiga hari berada di Langkawi pada 26 September lalu.

Siasatan awal dijalankan mendapati jangkitan terhadap kanak-kanak tersebut mungkin berlaku sebelum dia bersama keluarganya datang ke pulau legenda berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan