31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Norma politik baharu dan runtuhnya kota Melaka

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NURUL MUSLIHA KHORUDDIN

NEGARA digemparkan sekali lagi dengan isu politik seperti tiada penghujungnya.

Bermula daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya, runtuh selepas 22 bulan dan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih, perdana menteri bertukar dan kemudian bertukar lagi.

Keruntuhan Kota Melaka lain pula kemelutnya. Jika dahulu, UMNO berdepan dengan musuh politik, kini kejatuhan Kota Melaka adalah kerana UMNO menyingkirkan parti itu sendiri.

Pengertian ini mungkin boleh ditafsirkan sebagai suatu pengkhianatan, kegilaan jawatan atau keputusan kerana ketidakpuasan hati.

Walau apapun tafsirannya, adakah ini legasi politik yang ditinggalkan dari konteks pendidikan untuk generasi muda?

Perjuangan UMNO itu jelas. Hari ini, pembangunan negara yang dinikmati dari segala sudut adalah bermula daripada UMNO.

Persengketaan dalam politik bukan perkara baharu dalam UMNO. Kewujudan Semangat 46, PRK, Bersatu adalah datangnya daripada serpihan UMNO.

Namun, hari ini ia menjadi titik sejarah apabila pertembungan di antara pemimpin UMNO menjatuhkan Kerajaan UMNO dan Melaka sekali lagi menjadi bandar raya bersejarah.

Generasi muda hari ini terdedah dengan norma politik baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Politik semakin dinamik dan rumit untuk ditafsirkan. Bersediakah generasi muda berdepan dengan norma politik baharu?

  • Penulis adalah Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan