26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

376 pelajar cemerlang di Padang Terap terima sumbangan ke IPT

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 376 pelajar cemerlang di Padang Terap, Kedah menerima sumbangan bantuan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, anak-anak warga Padang Terap telah membuktikan kemampuan mereka dalam pendidikan dengan kejayaan menjawat pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta.

“Sejak 16 tahun lalu program sumbangan bantuan ini dilaksanakan, saya dapati sudah ramai anak-anak warga Padang Terap yang melanjutkan pengajian ke IPT dan telah berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam syarikat swasta dan juga perkhidmatan awam.

“Kejayaan itu sekaligus dapat mengubah taraf hidup ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit,” katanya sempena Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan di Kampung Padang Kerasak, Padang Terap, hari ini.

Advertisements
Seramai 376 pelajar cemerlang di Padang Terap, Kedah menerima sumbangan bantuan daripada Mahdzir sempena Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan di Kampung Padang Kerasak, Padang Terap, hari ini.

Mahdzir berkata, penyerahan sumbangan ini sejajar dengan matlamat kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi untuk rakyat supaya apabila taraf pendidikan rakyat meningkat, ianya sekaligus akan meningkatkan juga taraf kehidupan rakyat.

Malah menurutnya, menerusi pendidikan sahajalah akan mengubah nasib seseorang.

Kesemua pelajar yang mendapat sumbangan berkenaan akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi sesi kemasukan tahun 2021.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan