28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes harian Covid-19 menurun ke empat angka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan dari lima angka ke empat angka hari ini iaitu dari 10,915 kes semalam ke 9,066 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,277,565 kes.

Menurutnya, hanya dua negeri merekod kes melebihi 1,000 iaitu Sarawak (1,418 kes) dan Selangor (1,000).

Advertisements

“Johor (981 kes), Terengganu (827 kes), Kelantan (796 kes), Sabah (767 kes), Kedah (670), Perak (669 kes), Pahang (630 kes), Pulau Pinang (620 kes), Melaka (206 kes), Kuala Lumpur (201 kes) dan Negeri Sembilan (191 kes).

“Perlis (66 kes), Putrajaya (24 kes) manakala, tiada kes baharu dilaporkan di Labuan hari ini,” menurut hantarannya di Facebook hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan