27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mahathir, apa lagi tak cukup?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii mengingatkan Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa negara tidak ada masa bermain politik seperti mana dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu ketika nasib rakyat berada di dalam ketidaktentuan pendapatan akibat wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh menegaskan, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir tidak akan menguntungkan rakyat dan negara, sebaliknya hanya memberi keuntungan politik kepada Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Saya merujuk tindakan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang semalam telah membuat satu sidang media di mana beliau secara jelas mengingatkan akan mengambil tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Presiden Bersatu.

Pada 7 Mei 2020, Tun Mahathir telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Perkara ini dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di antara pemimpin politik dan akhirnya menggulingkan kerajaan TSMY.

Kedua-dua tindakan Tun Mahathir ini adalah tidak lain dan tidak bukan dilakukan demi kepentingan politik beliau sendiri.

Beliau nampaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri setelah meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020.

Malah, Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, pada 24 Februari 2020 Tun Mahathir juga telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Bersatu.

Dengan peletakan jawatan tersebut, beliau secara automatik hanya bergelar seorang ahli Parlimen tanpa jawatan di dalam kerajaan mahupun parti.

Ini merupakan satu fakta yang sahih, benar dan jelas serta dilaporkan di semua medium media di negara ini.

Namun, sekarang Tun Mahathir seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Beliau dengan sedaya upaya mahu menggulingkan Perdana Menteri dan memecat TSMY sebagai Presiden Bersatu.

Adakah menggulingkan Perdana Menteri dan memecat TSMY sebagai Pengerusi parti merupakan satu tindakan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat? Sudah tentunya tidak.

Mereka yang untung atas tindakan Tun Mahathir adalah tetap anak-anaknya juga, kroni serta parti DAP & PKR.

Advertisements

Tun Mahathir harus sedar bahawa politik negara ini tidak hanya berkisar tentang kelangsungan perjalanan politik serta kepentingan anak dan kroni-kroni beliau sahaja.

Di kala negara dilanda pandemik Covid – 19, ketidakstabilan ekonomi, kejatuhan harga minyak serta kes pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan harus terus fokus menyelamatkan serta memperbaiki keadaan ekonomi negara.

Kita tidak ada masa sebenarnya untuk bermain politik seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan koncu-koncunya.

Walaupun dengan peralihan sokongan 4-5 orang Ahli Parlimen Bersatu kepada pasukan Tun Mahathir ia tidak akan menjamin beliau akan menjadi Perdana Menteri semula.

Beliau harus sedar bahawa selepas tersebarnya klip audio mesyuarat PPBM di mana Tun Mahathir dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak suka Anwar Ibrahim dan DAP.

Itu adalah isyarat jelas Tun Mahathir tidak ikhlas bersama-sama PKR dan DAP. Mereka mungkin boleh duduk semeja dan senyum mengangkat tangan tapi adakah PKR dan DAP tidak bersedia sekiranya mereka merasa bakal ditipu buat kali ke berapa oleh Tun Mahathir dan melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri ke-9?

Sudah tentu tidak sama sekali. Malah sekarang, Tun Mahathir juga bukan lagi Ketua Pembangkang tetapi Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir harus peka akan nasib rakyat di negara ini yang kini berada di dalam ketidaktentuan pendapatan.

Kerajaan TSMY sedang berusaha membantu rakyat dan juga menangani wabak Covid – 19, maka biarlah kerajaan yang ada berkhidmat untuk rakyat.

Sebelum ini Tun Mahathir pernah berkata bahawa beliau sayang akan negara ini dan mahu lihat negara ini stabil dari segi ekonomi dan politik, maka inilah masa dan ketikanya Tun Mahathir duduk diam-diam dan bantu kerajaan sedia ada.

Rakyat telah sedar bahawa tujuan tersirat Tun Mahathir adalah cuba mewujudkan keadaan kucar kacir dan melaga-lagakan semua lawannya dan akhirnya beliau akan mendapat keuntungan tersebut.

Disebabkan keadaan politik yang tidak keruan dan akhirnya akan menyebabkan ekonomi negara kembali merundum dan malah boleh jadi lebih teruk. Perkara ini sudah tentu tidak menguntungkan rakyat dan pelaburan asing.

Sudah – sudah lah Tun Mahathir. Anda sudah menjadi Perdana Menteri hampir 24 tahun. Anak – anak anda sudah bergelar jutawan dan keluarga anda juga hidup senang. Apa lagi yang tidak cukup?

Khidmat anda sudah tidak diperlukan lagi. Negara ini bukan bernama Malaysia bukannya Mahathir, maka jangan peralatkan negara seperti milik peribadi.


Pernyataan ini bersifat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan