33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

98 peratus puas hati tindakan kerajaan tangani Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia secara keseluruhannya berpuas hati dengan tindakan kerajaan dan agensi barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan kajian dibuat oleh Kesihatan Awam Malaysia (PHM) mendapati 98 peratus daripada 56,000 orang yang mengambil bahagian dalam tempoh 24 jam kaji selidik tersebut, mereka berpuas hati dengan tindakan tersebut.

“Tindakan kerajaan bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada bulan ini telah berjaya di dalam matlamat flatten the curve.

“Sokongan yang diberikan kepada kerajaan dan agensi frontliner oleh rakyat Malaysia ketika ini adalah sangat tinggi dan tidak berhenti setakat itu,” kata PHM dalam Facebooknya.

Kenyataan itu berkata, rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baru.

“Kesan daripada PKPB yang bermula pada 4 Mei dapat kita sama-sama lihat pada hari ini,” kata kenyataan itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, masih terlalu awal bagi pihaknya membuat keputusan sama ada untuk menamatkan PKPB selepas 9 Jun.

Beliau berkata, walaupun trend penularan dalam kalangan rakyat tempatan sudah menunjukkan penurunan ketara, termasuk tiada kematian sejak hampir seminggu lalu, namun situasi itu terus dipantau.

Katanya, adalah penting untuk kementerian memantau situasi Covid-19 berikutan sejak dua minggu lepas jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti tidak banyak.

“Dari 4 Mei hingga sekarang hanya terdapat kira-kira 222 rakyat Malaysia yang dijangkiti daripada 1,800 kes (Covid-19) dalam negara,” katanya seperti dipetik dari Bernama. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan