26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

MOF saran DFI rangka penyelesaian bantu pulih perniagaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan agar institusi-institusi kewangan pembangunan (DFI) merangka penyelesaian yang praktikal seperti pembiayaan yang tidak membebankan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan adalah untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin.

Menurutnya, sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia, DFI perlu memberi sokongan penuh di dalam tempoh pemulihan ekonomi negara ini.

“Contohnya, dari segi pembiayaan yang diperlukan untuk memulih dan memelihara perniagaan serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang menyokong kehidupan rakyat Malaysia secara langsung.

“Sokongan segera dari pihak DFI bagi menghindari impak jangka panjang ini terutamanya diperlukan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) di dalam sektor-sektor strategik.

Advertisements

“(Antaranya) sektor pertanian, pembangunan infrastruktur, aktiviti maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif,” katanya dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) ke-67.

Zafrul berkata, pihak DFI memainkan peranan yang strategik dan penting dalam merangka strategi pemulihan ekonomi negara yang bersepadu, dengan menyumbang kepada usaha kritikal memulih dan memelihara kapasiti perniagaan.

Menurutnya, ia selaras dengan objektif penubuhan DFI sebagai instrumen penting pembangunan sosio-ekonomi rakyat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan