31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan bayar RM941.43 juta elaun khas barisan hadapan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah RM941.43 juta daripada 2,580,713 tuntutan sudah disalurkan kerajaan kepada petugas barisan hadapan setakat 27 Ogos lalu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zafrul berkata, ia merangkumi elaun khas barisan hadapan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terbabit secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan COVID-19.

“Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) ke-67.

Sementara itu, dari segi memperkasakan rakyat pula, setakat tarikh yang sama,sebanyak RM127.74 juta telah disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had bernilai RM30 ini, yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia melalui Subsidi Pengangkutan Awam My30.

“Seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, inisiatif ini dilanjutkan ke tahun 2021 bagi terus menggalakkan mobiliti dan mengurangkan beban kospengangkutan awam untuk Rakyat.

Advertisements

Selain itu menurutnya, setakat tarikh yang sama juga, seramai 137,659 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.

“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.

Menurutnya, untuk maklumat lanjut mengenai program berkenaan, orang ramai boleh melayari www.perkeso.gov.my

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan