Friday, July 24, 2026

Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou sumbang emas kedua negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Atlet paralimpik negara sekali lagi melakar sejarah manis di bumi Tokyo apabila pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menyumbang pingat emas buat negara sempena Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Lebih mengagumkan, Liek Hou berjaya menewaskan pemain ranking nombor satu di dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Menurut perkongsian Majlis Sukan Negara Malaysia di facebook rasminya, Liek Hou berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.

Untuk rekod, kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan