27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kemenangan Ziyad dibatal, Malaysia buat bantahan balas

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

HARAPAN Malaysia meraih pingat emas kedua dalam temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo tidak kesampaian apabila kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dibatalkan oleh pihak penganjur.

Ini berikutan bantahan dibuat kem Ukraine dengan mendakwa peserta negara itu lambat memasuki bilik menunggu atau Call Room, yang dianggap satu kesalahan dan boleh dibatalkan penyertaan.

Ekoran bantahan tersebut, pingat emas yang diraih Ziyad dibatalkan dan diserahkan kepada pemenang pingat perak, Maksym Koval dari Ukraine, sementara pingak perak diberikan kepada Oleksandr Yarovyi juga dari Ukraine manakala gangsa Efstratios Nikolaidis dari Greece.

Menurut laporan Astro Arena, turut dibatalkan penyertaan kerana gagal hadir di bilik menunggu pada masa yang tepat ialah peserta dari Australia, Todd Hodhetts dan peserta Ecuador, Jordi Patricio Congo Villalba.

Lebih malang bantahan itu dibuat selepas Ziyad memecahkan rekod dunia dengan lontaran 17.94 meter jauh mengatasi Koval (17.34 meter) dan Yarovyi (17.30 meter).

Advertisements
Para pegawai Malaysia membuat bantahan balas berikutan pembatalan penyertaan Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 di Tokyo hari ini. – Sumber: Twitter Reezal Merica

Dia memadam rekod ciptaannya sendiri 17.29 meter yang dibuat dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di London pada 2017 menerusi lontaran ketiga kategori F20.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, kem Malaysia telah membuat bantahan balas dengan keputusan tersebut dengan membawa bukti rakaman CCTV di dalam dan luar bilik menunggu.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bantahan Ukraine masih diterima oleh pengadil pertandingan dan bantahan balas dari Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke mesyuarat ketua-ketua delegasi pagi esok.

“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitternya malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan