26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

LRA Sungai Semenyih tercemar lagi, 463 kawasan terjejas

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dekat sini sekali lagi mengalami pencemaran dan terpaksa dihenti tugas menyebabkan 463 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada pukul 11.10 pagi ini.

“Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor berkata, daripada 463 kawasan yang terjejas, 172 kawasan melibatkan Petaling, Hulu Langat (54 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat melibatkan 20 kawasan.

Kenyataan itu berkata, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada para pengguna yang terlibat.

Advertisements

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meninimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya.

Para pengguna berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa perkembangan berkaitan dengan insiden ini menerusi semua saluran media termasuk media sosial Air Selangor.

Ini bukan kali pertama Sungai Semenyih yang menyalurkan bekalan air ke LRA tersebut mengalami hampir setiap tahun berlaku pencemaran yang menyebabkan gangguan air kepada pengguna di Lembah Klang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan