28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Shell Pekan Rembau anjur Program Bank Makanan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

REMBAU – Stesen Shell Pekan Rembau menganjurkan Program Bank Makanan bagi membantu golongan yang terjejas akibat kesan pandemik COVID-19 di daerah ini.

Penyelianya, Nor Hidayah Shaiful Fukori berkata, antara barangan keperluan yang disediakan adalah seperti beras, mi segera, bihun, tepung, gula dan makanan dalam tin.

Menurut beliau, orang ramai yang kurang berkemampuan boleh mengambil barangan keperluan yang disediakan oleh pihak stesen.

“Selain itu, pihak stesen juga turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai tidak kira dari segi barangan keperluan asas yang lain atau sumbangan berbentuk wang bagi menjayakan program tersebut.

“Sila hubungi stesen 06-6851234 atau datang sendiri ke Shell Pekan Rembau untuk keterangan lanjut,” katanya kepada Edisi 9, hari ini.

Program Bank Makanan turut diadakan di Shell ANR Kiosk Nilai yang terletak di sebelah restoran McDonald’s Bandar Baru Nilai.

Program Bank Makanan di Shell ANR Kiosk Nilai.

Sememangnya, amalan bersedekah yang amat digalakkan dalam Islam mempunyai banyak manfaat.

Memetik laman blog Korban & Aqiqah di Kemboja, lima manfaat amalan yang mulia itu adalah seperti berikut:

Menghapus dosa

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan kita yang lalu setelah kita bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.”

Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Mendapat ganjaran pahala

Amalan bersedekah dengan ikhlas juga akan dibalas dengan ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Advertisements

Allah SWT berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa, ayat 114)

Rezeki Akan Bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Mendekatkan diri kepada Allah SWT

Kita juga dapat memperteguhkan iman serta mendekatkan diri kepada Allah SWT jika selalu bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

Perbuatan ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

Dapat memadamkan kepanasan alam kubur

Ramai orang tidak tahu tentang kelebihan ini yang boleh diterima melalui amalan sedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Sehubungan itu, rebutlah peluang untuk melakukan amal jariah sebanyak-banyaknya semasa kita masih hidup di dunia yang fana ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan