31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

UMNO jangan terbuai nostalgia ketinggalan zaman

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – UMNO diminta jangan terus terbuai dengan nostalgia ketinggalan zaman agar parti itu dilihat secocok dengan peredaran masa.

Langkah itu merupakan salah salah satu perkara yang digariskan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan UMNO meneruskan kelangsungannya.

Menurut beliau, cerita zaman gemilang sewajarnya dihentikan sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dahulu.

“Kedua, pendukungnya mesti pelbagai generasi (intergenerational). Perubahan generasi itu nyata dan mesti diterima.

“Idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi di ukur pada usia pengucapnya tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut,” katanya dalam satu kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-75 UMNO, hari ini.

Mohamad memberitahu, bagi langkah ketiga, nilai dan misi UMNO mesti diperjuangkan oleh mereka yang ikhlas menghidupkan UMNO dan bukannya mereka yang mencari penghidupan dari UMNO.

Advertisements

“Masa depan UMNO itu rahsia Tuhan. Tetapi ikhtiar melangsungkan UMNO adalah ikhtiar kita pendukungnya.

“Dalam segala kebaikan dan kelemahan UMNO, kitalah karyawannya,” jelasnya.

Sementara itu, memetik laporan UMNO Online, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO lahir dari rahim yang suci dan bukannya lahir di tepi jalan atau sebaliknya.

Malah tegas beliau UMNO bukan lahir atas dasar pengkhianatan tetapi ia lahir atas sebuah perjuangan untuk membela agama, menjaga maruah bangsa dan juga negara yang berbilang agama dan kaum.

“Pertama sekali kita harus bersyukur kerana Allah swt meletakkan parti UMNO sebagai sebuah parti tunjang dan tonggak bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga tunjang yang menjaga dan memelihara kedaulatan serta kesucian agama Islam kita. Ingat bahawa UMNO ini ia ada karamahnya tersendiri kerana UMNO lahir daripada satu rahim yang cukup suci dan qudus. Rahim yang membawa semangat perjuangan yang jitu.

“Sebab itulah dalam konteks ini kita harus memelihara parti ini dalam semangat menyambut 75 tahun sudah tentu kita mengharapkan agar seluruh warga parti jangan sesekali lupa warisan yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita menjaga parti ini, bukan untuk kita tetapi untuk masa depan negara kita yang juga sudah tentu agama dan bangsa kita,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan