26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

KDN perketat operasi penguat kuasa pematuhan SOP

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua jabatan dan agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diarah agar mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

KDN dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik tersebut dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh terutama menjelang perayaan Aidilftri pada 13 Mei ini.

Jabatan dan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresn Malaysia, Jabatan Penjara, ESSCOM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta AKSEM juga diarah meningkatkan operasi pemantauan.

“Arahan ini juga dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh, teriutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu hadapan,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

KDN berkata, pihaknya akan menambah bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya di lapangan bagi memantau orang ramai merentas negeri sesuka hati.

Pada masa yang sama, kata KDN, pihaknya juga akan menjalankan pemantauan ketat bagi menghalang orang ramai merentas negeri menggunakan pengangkutan awam seperti Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monoreal atau perkhidmatan e-hailing.

KDN menyeru agar semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah diputuskan oleh kerajaan dan memberi kerjasama jitu terhadap segala usaha dan langkah yang diambil kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan