Thursday, July 23, 2026

Rejim Zionis tahan pemimpin Hamas, wartawan

Mesti Baca

GAZA – Hamas mengecam tindakan rejim Zionis Israel menahan pemimpinnya, Nidal al-Qawasmeh dan wartawan, Alaa al-Rimawi baru-baru ini.

Memetik laporan Palestinian Information Center, tangkapan itu dilakukan di Tebing Barat, Rabu lalu.

Nidal berasal dari al-Khalil manakala Alaa dari Al-Bireh.

“Tindakan menahan wartawan itu mengesahkan bahawa rejim ini tidak dapat menerima kebenaran dan mesej yang disampaikan oleh media bebas yang konsisten dengan aspirasi rakyat Palestin serta melaporkan penderitaan mereka di bawah cengkaman rejim,” kata Hamas dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, Hamas menyeru semua institusi hak asasi manusia dan media untuk menyokong Alaa serta mendedahkan amalan buruk rejim Zionis Israel.

Pergerakan pembebasan Palestin itu turut mendakwa bahawa tindakan berterusan rejim Zionis Israel terhadap pemimpin-pemimpin Hmas di Tebing Barat bertujuan menghalang mereka bertanding dalam pilihan raya negara berkenaan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan