Thursday, June 25, 2026

UMNO terima pimpinan Bersatu dipecat, digantung tanpa syarat 

Semalam, Bersatu mengambil tindakan memecat dua ADUN dan menggantung tujuh Ahli Parlimen daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mesti Baca

PARA pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung oleh parti itu dipelawa untuk kembali ke pangkuan UMNO atas semangat Rumah Bangsa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk De Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana semua kalangan mereka yang terbabit berasal dari rahim UMNO.

“Kembalilah ke Rumah Bangsa. UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung. 

“Lagipun semuanya berasal dari rahum UMNO juga, bagaikan sirih pulang ke gagang,” katanya hari ini.

Semalam, Bersatu mengambil tindakan memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung tujuh Ahli Parlimen daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan berkata, pemecatan kedua-dua ADUN itu dibuat mengikut Fasal 22.5.

Tindakan itu diambil susulan pelanggaran terhadap Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika Bersatu yang didakwa dilakukan oleh mereka.

Antara yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis.

Sementara itu, lima Ahli Parlimen yang digantung ialah Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh), Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Turut digantung ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man dan ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain. — Edisi 9

Terkini

Generali lancar Gen Sinar, bantu lindungi pendidikan keluarga B40

GENERALI Insurance Malaysia Berhad (Generali Insurance) melancarkan pelan insurans kemalangan diri mampu milik dikenali sebagai Gen Sinar bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan