Thursday, June 4, 2026

HPPK Selangor perkasa ekonomi digital usahawan mikro

Penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada pengukuhan penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan kecil termasuk transaksi digital...

Mesti Baca

KERAJAAN Selangor melalui Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan kerjasama Majlis Bandar Raya Subang Jaya (MBSJ) melancarkan Sambutan Hari Penjaja & Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Negeri Selangor 2025.

Menurut MBI, program tersebut meruapakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa peranan penjaja dan peniaga kecil dalam pembangunan ekonomi di Selangor.

MBI berkata, program dua hari itu menghimpunkan lebih 200 usahawan mikro dan kecil dari seluruh Selangor melibatkan penyertaan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi kerajaan dan rakan strategik. 

“Ia dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung sekali gus menjadikan penganjurannya antara platform terbesar memfokuskan pembangunan ekonomi komuniti,” kata kenyataan MBI hari ini.

Bertemakan Penjaja & Peniaga Kecil Pemacu Ekonomi Digital Selangor, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada pengukuhan penggunaan teknologi dalam kalangan usahawan kecil termasuk transaksi digital, automasi asas serta penyesuaian dengan perubahan trend pasaran semasa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri secara mampan dan inklusif, seiring aspirasi ekonomi digital.

Menurut beliau, Selangor komited memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil tidak tercicir daripada arus digital, malah terus menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Sambutan tahun ini turut menampilkan pelaksanaan beberapa inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026, antaranya skim pembiayaan mikro tanpa faedah AGROPLATS Biaya Plus-i.

Di bawah skim tersebut, sebanyak 600 usahawan PLATS akan menerima pembiayaan dengan kadar keuntungan sifar peratus, tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun dan jumlah maksimum RM10,000.

Selain pameran, program turut menyediakan pelbagai aktiviti termasuk jualan usahawan digital, tayangan montaj Penjaja Digital Selangor, Jualan Ehsan Rahmah, pertunjukan helikopter kawalan jauh, Dapur PLATS bersama selebriti, pertandingan Chef Cilik serta Anugerah Penghargaan Penjaja Selangor 2025 oleh Yayasan MBI.

Turut dianjurkan ialah program kolaborasi bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), persembahan seni serta cabutan bertuah bagi menarik penyertaan pengunjung. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan