Thursday, June 4, 2026

Pernas rekod jualan RM21.3 juta melalui PIFF 2025

Nilai jualan melebihi sasaran sebanyak RM9.3 juta untuk keseluruhan tiga hari festival itu berlangsung merupakan satu pencapaian yang membanggakan - Ewon

Mesti Baca

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) berjaya mencatat transaksi jualan sebanyak RM21.3 juta pada Festival Francais Antarabangsa Pernas (PIFF) 2025 yang berlangsung di ibu negara pada 7 hingga 9 Februari lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah transaksi itu jauh melepasi sasaran sebanyak RM12 juta.

Beliau berkata, nilai jualan melebihi sasaran sebanyak RM9.3 juta untuk keseluruhan tiga hari festival itu berlangsung merupakan satu pencapaian yang membanggakan. 

“Penganjuran ini dilihat bukan sahaja mempromosi keseluruhan ekosistem keusahawanan francais khususnya dalam sektor kopi dan kafe, malah membantu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya hari ini.

PIFF 2025 yang disertai 83 jenama dari 10 buah negara termasuk MChina, Taiwan, Korea, Indonesia, Vietnam, USA, Jepun, Jerman dan Thailand selain tuan rumah, Malaysia mencatatkan jumlah kehadiran lebih 16,000 pengunjung.

Ewon berkata, PIFF 2025 dengan tema “Brew Your Success, Empowering Entreprenuers” memberi fokus kepada industri kopi, teh dan kafe. 

Acara itu, katanya, menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran produk dan perkhidmatan berkaitan kopi, teh dan kafe, pameran agensi-agensi berkaitan keusahawanan, forum antarabangsa dan keusahawanan, padanan perniagaan, pertandingan Latte Art, cabutan bertuah, pertandingan E-Sport serta persembahan buskers dan mini konsert daripada artis terkemuka.

PIFF 2025 turut menyaksikan pelancaran Dasar Francais Negara (DFN) 2030 serta pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) Pernas bersama SME Corp, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan TERAJU.

“KUSKOP melalui Pernas terus komited melaksanakan lebih banyak program keusahawanan dan PIFF dijangka akan dianjurkan lagi pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada orang ramai meneroka bidang perniagaan francais berdasarkan maklum balas positif para pempamer dan pengunjung,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan