Saturday, June 13, 2026

Anwar sanjung Erdoğan dalam lawatan bersejarah ke Malaysia

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap kepimpinan Recep Tayyip Erdoğan dalam bersejarah Presiden Turkiye itu ke Malaysia hari ini.

Dalam syarahan umum yang diatur sempena kunjungan Erdogan hari ini, Perdana Menteri menyifatkan kehadiran pemimpin itu sebagai bukti kukuhnya hubungan erat dan berterusan antara kedua-dua negara.

Anwar memuji kepimpinan Erdoğan yang telah membawa Turkiye melalui perubahan besar dalam lebih dua dekad, menjadikan negara itu sebagai kuasa utama dalam arena global.

“Presiden Erdoğan telah mengubah landskap politik dan diplomasi Turkiye dengan penuh keazaman dan wawasan.

“Kejayaan ekonominya, pembangunan infrastruktur serta diplomasi berani menjadikan Turkiye sebuah negara yang tidak sekadar menunggu dijemput ke meja rundingan, tetapi mengambil tempatnya dengan hak dan keyakinan,” kata beliau di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri turut menyanjung keberanian Erdoğan dalam memperjuangkan isu Palestin, menekankan bahawa sokongan Turkiye bukan sekadar retorik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan diplomatik dan bantuan nyata.

“Di saat ramai yang berdiam diri, Presiden Erdoğan terus bersuara lantang menentang penindasan, penjajahan, dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

“Beliau memastikan sokongan kepada Palestin tidak hanya sekadar kata-kata tetapi diterjemahkan menjadi tindakan,” tambah Anwar.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh kejayaan Turkiye dalam pelbagai sektor teknologi, termasuk industri dron Bayraktar, pembangunan kenderaan elektrik TOGG, serta kemajuan teknologi angkasa dan kecerdasan buatan.

Beliau melihat perkembangan ini sebagai satu kebangkitan teknologi yang membuktikan Turkiye enggan terikat dengan batasan sejarah dan sebaliknya mencipta masa depan yang lebih cerah.

Anwar juga menyatakan rasa penghargaan terhadap persahabatan peribadinya dengan Erdoğan, yang menurutnya terjalin atas dasar keikhlasan dan solidariti, bukan kepentingan politik semata-mata.

“Dalam saat saya menghadapi ujian getir, beliau tetap berdiri bersama saya, bukan kerana keuntungan politik tetapi kerana nilai persaudaraan sejati. Saya tidak akan pernah melupakan itu,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan