Tuesday, June 16, 2026

Nilai-nilai diwarisi Tunku Abdul Rahman dipegang teguh – Anwar

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai-nilai yang diwarisi oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman akan dipegang teguh dalam mengemudi Malaysia Madani.

Menurut Perdana Menteri, nilai-nilai tersebut ialah perpaduan, integriti dan keadilan untuk semua.

Menurutnya, selain itu beliau juga bertekas untuk meneruskan perjuangan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.

“Keghairahan Almarhum Tunku dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada kita semua, terutama dalam menghadapi cabaran masa kini,” kata beliau menerusi hantaran dalam media sosialnya hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengenang ulang tahun keputeraan sosok negarawan ulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini.

Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

Perdana Menteri berkata, nama Tunku Abdul Rahman tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara.

Sebaliknya, kata beliau, ia sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni. 

Katanya, sumbangan Almarhum Tunku Abdul Rahman pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.

“Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang.

“Mendoakan semoga ruh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan