Tuesday, June 16, 2026

Sijil halal: Akmal sahkan Teresa teruskan saman ke atasnya

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh hari mengesahkan Teresa Kok meneruskan saman ke atasnya berhubung isu pensijilan halal.

Beliau berkata, peguamnya telah menerima writ terpinda dan pernyataan tuntutan terpinda dari Ahli Parlimen Seputeh tersebut hari ini.

“Ramai yang tanya apa perkembangan mengenai kes isu saya dan Teresa Kok mengenai kenyataan Teresa Kok tentang isu halal, adakah dah senyap begitu sahaja ataupun dipaksa untuk senyap?

“Suka saya nak maklumkan bahawa hari ini peguam saya telah menerima writ terpinda dan pernyataan tuntutan terpinda dari Teresa Kok yang dalam kata bahasa mudahnya, Teresa Kok telah memulakan samannya ke atas saya 

“Insya-Allah, kita akan lawan habis-habisan di mahkamah nanti,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

ADUN Merlimau itu menegaskan, beliau tidak ada sekelumit pun perasaan takut untuk berdepan dengan ahli politik veteran dari DAP itu di mahkamah.

“Saya takut? Tidak ada sekelumit perasaan takut langsung dalam diri saya ini untuk berdepan dengan dia.

“Bukan anak jantan Melayulah kalau saya takut nak berdepan dengan puak-puak ini walaupun terpaksa berhadapan sendirian!

“Jumpa di mahkamah nanti,” katanya.

Akmal turut melontarkan satu peribahasa, “lebih baik mati berdiri daripada hidup berlutut” yang boleh menimbulkan seribu persoalan pada penutup kenyataannya.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Teresa telah memfailkan saman fitnah terhadap Akmal di Mahkamah Tinggi Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.

Teresa selaku plaintif mengemukakan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners, berhubung kenyataan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO dalam video di aplikasi TikTok, pada 7 September lalu.

Beliau menamakan Akmal selaku defendan tunggal dan menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan Exco Kerajaan Negeri Melaka itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perang mulut antara Akmal dan Teresa membabitkan isu pensijilan halal dianggap tamat.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau sendiri yang meredakan ketegangan antara kedua pihak.

Bulan lalu, Teresa telah mengemukakan tuntutan ganti rugi RM25 juta daripada Akmal selepas mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan